Skip to main content

Posts

Teknik Mendorong Anak Gaya Nabi Muhammad

Ambil Maryam pulang dari sekolah. Maryam beritahu, "Abi, nak points". Abi berfikir seketika. Baru teringat. Aplikasi teknik Nabi (baca selawat). Hadis 30 pahala. Abi, "Apabila Maryam pakai kasut, Maryam dapat 10 poin". Abi, "Apabila Maryam pakai kasut dan pimpin adik, Maryam dapat 20 poin". Abi, "Apabila Maryam pakai kasut, pimpin adik dan pakai seat belt, Maryam dapat 30 poin". Segera Maryam cari adiknya. Pimpin adik masuk kereta. Pakai tali pinggang. Saya berkata, "Wah menjadi!". Di sebelah malamnya. Sedang ajar Maryam baca Iqra'. Adik masuk. Dia beritahu, "Umi, adik dapat 10 poin". Umi bertanya, "Apa?". Adik, "Adik ada 10 pon. Adik baca Iqra' tadi". Maryam yang hampir habis bacaan Iqra segera sambung bacaannya. Mahu habiskan. Selesai baca, Abi kira perkatan yang disebutkan. "1,2,3,4,5,6
Recent posts

Melindungi Diri Dari Bahaya

Nabi Muhammad (baca selawat) tidak mendedahkan diri kepada bahaya. Dalam perang Uhud, Nabi memakai baju perang dua lapis. Dalam perang Badar, ada benteng dibuat bagi melindungi Nabi. Cadangan dari Saad bin Muaz. Dalam perang Badar juga, satu pos kawalan dibina di atas bukit supaya Nabi dapat lihat keadaan sekeliling dan keluarkan arahan sewaktu perang. Pos kawalan itu tinggi. Tak tercapai oleh anak panah musuh. Dua ekor unta pantas ditambat berdekatan pos ini. Unta ini boleh digunakan Nabi andai perlu berundur. Nabi merancang sesuatu dari mula hingga akhir. Ada rancangan kedua andai rancangan pertama tak berjaya.

Strategi 'Abang Payung' Jiwar Dalam Masyarakat Arab

Masyarakat Arab sangat mementingkan Jiwar. Jiwar ini bererti perlindungan. Kita sebut abang payung. Apabila seseorang itu dibawah perlindungan seseorang, musuh tak berani kacau. Bergantung kepada siapakah yang memberi perlindungan. Contohnya perlindungan oleh raja kepada Ahmad lebih bernilai berbanding perlindungan oleh Salleh kepada Ahmad. Makin kuat orang yang memberi perlindungan, makin selamat orang yang menerima perlindungan. Sheikh Omar Khayam menerangkan perlindungan ini hampir sama dengan industri insurans. Seorang klien dilindungi oleh syarikat insurans. Apabila terjadi sesuatu, syarikat itu akan bantu. Sewaktu dakwah Nabi(baca selawat) di Mekah, Nabi diberikan pelbagai macam ancaman. Namun tak ada yang boleh menyerang Nabi secara terus. Lantaran Nabi dibawah perlindungan Abu Talib. Perlindungan ini hilang dengan sendiri apabila Abu Talib meninggal. Apabila Abu Talib meninggal, perlindungan Nabi beralih kepada Abu Lahab. Abu Lahab sememangnya diketahui